Peristiwa-peristiwa semasa berbeza daripada sejarah kerana kita tidak mengetahui natijah-natijah daripadanya. Dengan melihat kembali ke belakang, kita boleh menilai kepentingan sesuatu kejadian dan mengenalpasti kesan-kesannya ke atas kita. Tetapi ketika sesuatu kejadian sejarah itu berlaku, ia belum lagi menjadi sejarah bagi kita. Ia membawa kita ke wilayah yang asing dan jarang kita dapat meneka apa yang sedang menanti kita dalam wilayah asing itu. Berlainan keadaannya jika kita mendapat peluang untuk menempuh peristiwa yang sama buat kali kedua dengan segala pengetahuan yg telah kita perolehi daripada pengalaman pertama. Ketika itu tentu berbeza sekali cara kita melihat peristiwa-peristiwa dan tentu kita akan lebih dapat melihat kepentingan sesuatu perubahan atau merasa bimbang, sedangkan semua itu tidak begitu jelas pada pandangan kita sekarang. Mungkin baik juga manusia tidak mampu mengalami perkara ini dan tidak pula mengetahui hukum yang mesti dipatuhi oleh sejarah.
Walaupun sejarah tidak pernah berulang dalam eksentensi yang sama dan tidak ada perkembangan yang tidak dapat dielakkan , kita mampu sedikit sebanyak belajar dari masa silam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita tak perlu menjadi nabi untuk memgagak bahaya-bahaya yang menanti. Gabungan antara pengalaman dan minat, seseorang mampu menyingkap sisi-sisi yang belum dapat dilihat oleh sebahagian besar massa.
Lembaran seterusnya nanti adalah buah daripada pengalaman yang hampir sama seperti pengalaman menempuh sejarah sebanyak 2 kali atau sekurang-kurangnya pengalaman menyaksikan revolusi gagasan-gagasan yang hampir sama. Pengalaman ini mungkin tidak dapat ditimba dalam hanya sebuah negara, namun dalam keadaan tertentu ia dapat ditimba apabila seseorang itu hidup dalam jangka masa yang agak panjang. Walaupun pengaruh-pengaruh yang memandu cara pemikiran di kebanyakan negara bangsa adalah hampir sama, ia mungkinboleh bergerak pada kelajuan yang sama. Justeru itu, sekiranya seseorang itu hidup dalam tempoh masa yang agak lama, seseorang itu berkemungkinan sempat menyaksikan fasa-fasa revolusi yang hampir sama. Apabila orang berkenaan mendengar pandangan yang sama atau saranan yang sama seperti yang pernah didengar berpuluh tahun dahulu, dia memahami semua itu sebagai gejala yang akan menjadi catalyst aksi revolusi yang akan berlaku. Semua itu menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya perkembangan yang hampir sama akan terjadi.