Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.
Sunday, 4 May 2014
WAHAI KAUM KAPITALIS
Wahai kaum kapitalis,
Hadir kau di bumi ini bak penyelamat si penganggur,
Membawa seribu satu rahmat dari kami sendiri,
Kau membentuk hidup aku,
Di tadika aku disuruh bercita-cita menjadi kelas elit proletariat,
Dari doktor sehingga pegawai polis,
Semuanya impian yang indah dalam duniamu,
Apabila tidak mampu aku capai impian itu,
Kau menawarkann aku peluang menjadi tenaga kerja kau untuk menyelongkar harta kekayaan demimu,
Kami berpeluh-peluh ,
Kami berpanas-panas ,
Tapi mengapa kau yang menikmati hampir kesemuanya?
Hampir kesemuanya,
Hampir kesemuanya,
Akhir bulan aku menanti ganjaran dari titik peluh aku hanya untuk menjadi konsumer yang bakal menambahkan kekayaan kau,
Engkau menguasai segala senario,
Bak watak suci,
Terpampang di muka hadapan Forbes,
Kononnya insan kebanggaan bangsa,
Segalanya kau bolot ,
Tinggalkan aku sisa-sisa sahaja,
Inikah keadilan?,
Yang kaya semakin kaya,
Yang miskin terperosok dari dunia.
Yang kaya dia bukan kau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment