Saturday, 26 July 2014

Bedah Pemikiran Muhammad Abduh - Kebebasan Manusia dan Fatalisme bahagian 1




Dalam teologi terdapat 2 konsep mengenai hubungan tuhan dan manusia . Satu pendapat mengatakan bahawa semua perbuatan manusia telah ditentukan semenjak azali, sebelum ia lahir dan fahaman ini dalam teologi islam disebut Jabariah. Dalam teologi barat pendapat itu disebut fatalisme atau predestination. Pendapat lain mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan walaupun terbatas dengan keterbatasan alam fizikal dalam menangani kemahuan dan perbuatan ,fahaman ini disebut Qadariah dan dalam teologi barat disebut free will and free act, kebebasan manusia dalam menentukan kemahuan dan perbuatan yang hendak dilaksanakan.

Pemikiran yang aku kemukakan ini adalah berdasarkan Tafsir Al-Manar dan Risalah Al-Tahwid karangan Muhammad Abduh .

Mari kita teruskan , sebagai seorang pemikir dan pemimpin penting dalam pembaharuan islam pada abad ke 20, pendapat Muhammad Abduh mengenai Jabariah dan Qadariah ini penting untuk diketahui. Adakah dia berpegang pada fahaman jabariah sehingga manusia dalam fahaman ini bersifat pasif dan menunggu takdir sahaja? Atau dia berpegang pada fahaman qadariah sehingga manusia menurut fahaman ini bersifat dinamis dan aktif dalam mencorakkan kehidupan selarah dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah di dunia ini.

Dalam membicarakan perbuatan manusia dalam Risalah Al-Tawhid,  Muhammad Abduh mengatakan bahawa sebagai manusia tahu akan wujud dirinya tanpa memerlukan sebarang bukti untuk mengesahkan dirinya benar-benar wujud, begitu jugalah ia mengetahui adanya perbuatan atas pilihan sendiri dalam dirinya. Hukum alam yang menentukan adanya perbuatan atas pilihannya sendiri itu dalam diri manusia. Muhammad Abduh percaya pada pendapat yang mengatakan alam ini diatur oleh hukum alam yang tidak berubah yang ditetapkan oleh Allah SWT(perkara ini dibincang dengan lebih lanjut oleh Ikhwan as Syafa dalam karya Rasail) . Hukum alam ini ciptaan Allah ini disebut sebagai Sunnah Allah . Sunnah Allah , dalam pendapatnya mencakupi semua makhluk sama ada di angkasa , darat mahupun alam lain. Segala yang ada di alam ini diciptakan sesuai dengan hukum alam (sunnah Allah). Manusia tidak terkecuali dari ketentuan universal ini. Manusia diciptakan sesuai dengan sifat-sifat dasar yang khusus baginya dam dua diantarnya , menurut Muhammad Abduh  berfikir dan memilih perbuatan yang sesuai dengan pemikirannya.

Firman :
 "Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat" As-Shaffat -96

Jadi manusia selain dari mempunyai daya berfikir , juga mempunyai kebebasan memilih yang merupakan sifat dasar alam yang mesti ada dalam diri manusia. Kalau sifat dasar ini hilang dari dirinya , dia bukan manusia lagi ,tetapi menjadi makhluk lain. Manusia dengan akalnya mempertimbangkan akibat perbuatan yang akan dilakukannya, kemudian mengambil.keputusan dengan kemahuannya sendiri dan selanjutnya mewujudkan perbuatan dengan daya yang ada pada dirinya.

Jelas bagi Muhammad Abduh , manusia secara alami mempunyai kebebasan dalam menentukan kemahuan dan perbuatan. Manusia tidak berbuat sesuatu kecuali setelah mempertimbangkan akibat-akibatnya dan atas pertimbagan inilah ia mengambil keputusan melaksakannya atau tidak melaksanakannya. Maka sejalan dengan keyakinan bahawa manusia , menurut hukum alam ciptaan Allah mempunyai kebebasan dalam kemahuan , manusia menurut Sunnah Allah juga mempunyai daya dalam dirinya untuk mewujudkan perbuatan yanh dikehendakinya itu. Hal ini ditegaskan oleh Muhammad Abduh, dalam melaksanakan perbuatannya baik fizikal mahupun pemikiran kerana manusia menurut hukum alam atau sunnah Allah mempunyai kebebasan dalam kemahuan dan daya untuk mewujudkan kemahuan itu. Fahaman perbuatan yang dipaksakan atas manusia atau Jabariah tidak sealiran dengan pandangan Mummad Abduh. Menurut Muhammad Abduh , manusia adalah manusia kerana ia mempunyai kemampuan berfikir dan kebebasan memilih . Oleh kerana itu dalam pemberian wujud bagi manusia tidak termasuk paksaan berbuat.

Firman :
 "Demi kekuasaam Engkau ,aku akan menyesatkan mereka semua , kecuali hamba-hamba Mu yang ikhlas" Shaad :82,83



No comments:

Post a Comment