Thursday, 27 March 2014

AKU DALAM AKU


Aku dilahirkan seperti kain putih ketika itu.
Aku mula diasuh dengan acuan emas.
Aku mula mengikut cara-cara berdogma.
Ya aku mula melihat aku disyurga ketika itu.
Aku mula jauhkan diri dari lautan api-Mu.
Aku mula mendayung menuju syurga-Mu.

Tetapi didalam perjalanan .
Aku mula merasakan dogma keemasan aku kini menjadi tembaga bersalut berlian.
Aku temui keindahan syurga di sini.
Aku tetlihat neraka di sana.
Inilah keindahannya nyata.
Bermula kepercayaan pada karma.
Tiada cahaya buatku di sana.
Bermula di sini, berakhir di sini.
Di sini dan di sana terasing dua jiwa yang tidak wujud.
Aku terus mendayung sampan tanpa menghiraukan mereka yang hampir ditelan api-Mu.
Aku untuk aku  ,
Sampanku hanya untuk aku dan kerabatku.
Ya aku tidak peduli tentang kebuluran kau.
Yang penting bagiku adalah syurgaku.

Lalu tiba-tiba sampanku karam.
Aku tengelam dibawa arus .
Aku fikir aku telah mati dalam kesedaran palsu.
Tetapi aku terdampar di sebuah pulau yang semakin dihakis ombak kepincanggan.
Aku terlihat perjalananku semula dari pulau ini.
Terlalu jauh aku telah ternoda.
Ramai yang terdampar tanpa pertolongan dinodai ombak-ombak ketakutan.

Kini aku memikirkan bahawa sampanku bukan untuk aku.
Tidak mengapa.
Kau menyusurilah jalan ke syurgamu itu.
Aku bakal menyusul kemudian hari.
Menyusuri jalan yang lain.

Selamat jalan untuk aku dalam aku.





No comments:

Post a Comment