Wednesday, 5 March 2014

MASALAH MENYESATKAN MAZHAB LAIN TANPA AKIDAH KUKUH.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang syiah ataupun bermazhab sunni. Saya adalah seorang muslim. Dan apabila saya melakukan satu perkara sunnah , maka ketika itu saya adalah seorang ahli sunnah wal jamaah. Apabila saya tidak melakukan sebarang sunnah maka ketika itu saya bukanlah seorang ahli sunnah wal jamaah. Saya tidak ingin mencemarkan gelaran yang Rasulullah berikan kepada mereka yang mengamalkan sunnah baginda dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup . Adakah kita layak digelar sebagai ahli sunnah wal jammah sedangkan kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah?

Persoalan ini harus dijawab oleh diri anda sendiri.

Setiap hari kita menuduh orang lain sesat , tetapi adakah kita ini tidak sesat apabila mengatakan orang lain sesat? Adakah kita memiliki autoriti tuhan untuk menyesatkan orang lain?. Kita harus memahami bukan hanya menghukum. Sebagai contoh " seorang Buddhist datang kepada anda dan mengatakan anda sesat , pasti anda menyuruh dia mendalami Al-Quran dahulu sebelum menilai adakah anda sesat. Tetapi adakah anda sebagai islam bersedia untuk mendalami kitab mereka?" Pasti anda tidak berani mendalami kitab-kitab mereka. Kenapa? . Alasan yang paling mudah ialah "takut sesat". Jika akidah tauhid anda sudah kukuh , rasanya tidak menjadi masalah untuk anda mendalami agama lain. Sukar untuk terpesong dari jalan ke syurga yang telah anda pilih.  Apa yang kita fikirkan tidak semestinya kita mengimani apa yang kita fikirkan.

Akidah perlu dimantapkan sebelum berbicara mengenai mazhab lain . Dan sikap fanatik terhadap mazhab perlu dikikis , kerana ia akan memecahbelahkan umat islam . Fanatik mazhab ini boleh diibaratkan seperti nasionalisme negara bangsa. Sekiranya anda tetap ingin mengatakan syiah sesat dan andalah yang berada di jalan kebenaran hakiki , kenapa anda tidak mengatakan muta'zillah sesat? Sedangkan lahirnya mazhab Sunni daripada rahim pemikiran Abu Hasan Asy'ari dan Abu mansur al-matuidi. Kelahiran mazhab sunni adalah disebabkan Kekhilafan mazhab Muta'zillah yang mengagungkan ilmu kalam sehingga membuat hukum berdasarkan akal tanpa menggunakan Al-Quran. Kenapa anda tidak mengatakan muta'zillah sesat? Kenapa? Sedangkan penganut muta'zillah masih ada sehingga ke hari ini. Kenapa anda sebagai seorang yang bermazhab sunni tidak menyesatkan orang yang bermazhab murji'ah? Dalam surah al-taubah ayat 106 ada menyatakan tentang latar belakang kemuculan golongan ini.

Kenapa sunni hanya memfokuskan kesesatan hanya pada syiah ? Kenapa?
Di manakah kesesatan yang lain?


Saya tidak mengatakan syiah betul dan saya juga tidak mengatakan syiah sesat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a , daripada Rasulullah SAW , baginda bersabda : "Janganlah bergantung pada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi"- Riwayat al-Haitsami


Saya mempercayai tidak ada kebenaran mutlak di dunia. Kebenaran mutlak hanyalah milik Allah Azzawajalla.

No comments:

Post a Comment